PELAKON Shiqin Kamal mendedahkan dia pernah mempunyai tanggapan buruk terhadap suaminya, Mika Irfan Nojey ketika mereka bertemu pertama kali, lebih setahun lalu.Malah, Shiqin atau Nur Ashiqin Mohd Kamal, 35, mengakui berasa kurang senang dengan sikap Irfan, 28, yang ketika itu sedang menyikat rambut kuda sehingga membuatkan dia terpaksa menunggu untuk bergambar. Menurut Shiqin, pertemuan pertama mereka berlaku ketika Irfan membuat pertunjukan memanah dan berkuda pada sebuah acara.Shiqin kini sah bergelar isteri Mika Irfan."Mulanya saya tidak kenal siapa Irfan, tetapi kawan-kawan suruh ambil gambar dengan dia. Saya nampak dia sedang menyikat rambut kuda, kemudian saya tanya boleh atau tidak ambil gambar dengannya. Tetapi dia balas, 'kejap eh' sebelum sambung menyikat kuda."Saya terasa juga ketika itu, tetapi tidak mengapa. Saya terus berjalan kerana ada peminat yang mahu bergambar dengan saya."Selepas itu dia datang jumpa saya dan tanya sama ada mahu bergambar dengannya. Saya pula jawab, 'kejap, saya tengah bergambar'. Saya balas balik, mana boleh kalah," katanya kepada mStar.Shiqin berkongsi cerita itu ketika ditemui selepas majlis pernikahannya pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shiqin Kamal sah bergelar isteri, mas kahwin & hantaran curi perhatianARTIKEL BERKAITAN: Shiqin Kamal belajar tentang hidup dengan tunggang kuda, belum terfikir cari pasanganBerkongsi lanjut, Shiqin memberitahu rakan-rakannya tetap berkeras mahu dia bergambar dengan Irfan biarpun dia sudah menunjukkan reaksi tidak berminat terhadap lelaki berkenaan.Malah, dia sengaja tidak menandakan nama Irfan dalam foto yang dimuat naik di media sosial sebagai tanda protes."Kawan-kawan tetap berkeras suruh saya ambil gambar dengan dia, tetapi waktu itu saya memang benci dan tidak suka dia."Selepas acara itu, saya muat naik semua gambar dan tandakan nama mereka dalam foto berkenaan kecuali dia. Memang sengaja buat begitu untuk tunjuk saya tidak suka dia."Kemudian, dua minggu selepas itu, kawan beritahu mahu ajak saya makan malam dengan Irfan. Saya tolak sebab bukan semudah itu."Tetapi selepas itu Allah permudahkan hubungan kami sehinggalah akhirnya kami berkahwin," ujarnya.Shiqin terima hantaran peralatan memanah daripada suami.Dalam pada itu, Shiqin turut menjelaskan pemilihan peralatan memanah sebagai hantaran perkahwinan mempunyai makna tersendiri buat mereka.Katanya, memandangkan Irfan merupakan seorang jurulatih memanah dan berkuda, dia mahu sesuatu yang lebih dekat dengan minat serta kerjaya suaminya berbanding hantaran biasa seperti beg tangan, pakaian atau kasut."Irfan jurulatih memanah dan berkuda, jadi saya tidak mahu hantaran seperti beg tangan, baju atau kasut."Saya sendiri cadangkan kepada Irfan apa kata kita ada set memanah sendiri. Jadi, apabila pergi ke mana-mana pertandingan, boleh gunakan set sendiri."Ia juga sebagai simbolik untuk menunjukkan inilah cinta kami," jelasnya.Untuk rekod, Shiqin dan Irfan selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah pada pagi Rabu.Pasangan itu memilih 25 November sebagai tarikh pernikahan yang cukup bermakna kerana ia juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Shiqin.Shiqin dan Irfan mula berkenalan lebih setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.Pasangan itu difahamkan mengikat tali pertunangan pada 29 Ogos lalu dalam sebuah majlis tertutup.TONTON VIDEO PILIHAN!